Rekaan Shawl Pengantin Bersulam

4 Jenis Rekaan Shawl Pengantin Bersulam

Shawl pengantin amat cantik dipakai dan menjadi penyeri untuk digayakan pengantin. Ia sebagai penyeri mahkota untuk mempelai wanita. Terdapat 4 rekaan shawal pengantin bersulam yang sesuai untuk dijadikan shawl pengantin ini. Untuk mengetahui kesemua rekaan shawl pengantin bersulam ini, jom teruskan pembacaan anda di bawah.

Rekaan Shawl Pengantin Bersulam Di Bahagian Kepala Shawl.

Rekaan Shawl Pengantin Bersulam

Rekaan yang pertama ialah rekaan shawl tersebut tertumpu di bahagian tengah shawl. Biasanya sulaman yang dihasilkan berada betul-betul di atas kepala pengantin. Corak sulamnya pula, biasanya direka dalam lingkaran 3 segi yang berada di atas kepala. Rekaan yang menjadi pilihan biasanya bunga-bungaan yang bersaiz kecil dan sulur digunakan saling bertaut antara satu sama lain dalam satu lingkaran yang cantik yang berada di atas kepala pengantin. Sila rujuk rajah di atas untuk panduan lengkap tentang sudut atau bahagian shawl yang disulam.

Rekaan Shawl Pengantin Bersulam Di Sepanjang Bahagian Tepi Shawl.

Rekaan Shawl Pengantin Bersulam

Keduanya, rekaan sulam yang bersaiz sebesar 1 ½ inci tebal sulamnya. Ia dihasilkan sepanjang tepi shawl tersebut. Sekiranya shawl tersebut bersaiz 2 meter, maka sulaman kerawang sebesar 1.5 inci tadi dihasilkan sepanjang 2 meter tepi shawl tersebut. Di sini, ia akan nampak mewah kerana ia dihasilkan sepanjang sisi shawl pengantin tersebut. Sila rujuk rajah di atas untuk panduan lengkap tentang sudut atau bahagian shawl yang disulam. Sila rujuk rajah di atas untuk panduan lengkap tentang sudut atau bahagian shawl yang disulam.

Rekaan Shawl Pengantin Bersulam Di Sisi Lebar Shawl.

Rekaan Shawl Pengantin Bersulam

Seterusnya rekaan shawl bersulam yang ketiga. Rekaan sulaman kerawang shawl ini akan dihasilkan di bahagian sisi lebar shawl tersebut. Samada sisi kanan ataupun sisi kiri. Di bahagian ini, sulaman dihasilkan Bersama-sama kerawang setebal 1 hingga 3 inci sahaja. Aksesori sulaman kerawang pada shawl ini akan kelihatan berada di sisi tudung pengantin. Selain itu, ia biasanya dihiasi dengan tiara ataupun bunga-bungaan yang dihias di atas kepala pengantin. Sila rujuk rajah di atas untuk panduan lengkap tentang sudut atau bahagian shawl yang disulam.

Rekaan Shawl Pengantin Bersulam Di Sisi Lebar Shawl.

Rekaan keempat atau rekaan terakhir shawl pengantin bersulam ialah rekaan di mana sulaman kerawangnya akan menghiasi setiap penjuru shawl tersebut. Ini kerana si pemakai boleh memllih untuk menggunakan pelbagai penjuru shawl yang bersulam untuk digayakan semasa majlis wedding mereka nanti. Jadi, tidak hairanlah jika satu penjuru dipilih untuk disesuaikan dalam fesyne pemakaian shawl pengantin. Si pengantin akan nampak lebih elegan kerana corak yang dipakai boleh digayakan dalam pelbagai bentuk ekoran 4 penjuru shawlnya mempunyai corak sulaman yang cantik. Sila rujuk rajah di atas untuk panduan lengkap tentang sudut atau bahagian shawl yang disulam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *