PAKEJ TEMPAHAN BAJU NIKAH KEBAYA KEMBANG BERSULAM
PAKEJ TEMPAHAN JAHITAN & SULAM BAJU NIKAH
PAKEJ BAJU NIKAH KEBAYA KEMBANG BERSULAM
Seri Pengantin Bridal Sulam kami menyediakan pakej tempahan jahitan & sulam baju nikah kebaya kembang untuk bakal mempelai perempuan dan baju kurung Melayu bersulam untuk mempelai lelaki. Pakej kebaya kembang nikah bersulam ini bakal memperlihatkan anda anggun sedondon bersama dengan pasangan pengantin anda pada majlis pernikahan nanti. Berikut adalah item yang disediakan dalam pakej ini.
PAKEJ BAJU NIKAH KEBAYA KEMBANG BERSULAM
SUDUT SULAM
Seri Pengantin Bridal Sulam akan menghasilkan sulam pada baju kebaya kembang dan baju Melayu mengikut sudut-sudut yang ditunjukkan di bawah.
SULAM BAJU NIKAH
KEBAYA KEMBANG
Sila halakan cursor atau tap kotak untuk penjelasan lanjut.

SULAM BAJU NIKAH
BAJU MELAYU
Sila halakan cursor atau tap kotak untuk penjelasan lanjut.

PAKEJ BAJU NIKAH KEBAYA KEMBANG BERSULAM
HARGA TEMPAHAN
Kami menyediakan 2 pakej tempahan jahitan dan sulam baju kebaya kembang nikah yang boleh anda pilih. Pertamanya pakej couple tempahan baju kebaya kembang nikah bersulam berserta baju Melayu bersulam. Atau keduanya, pakej single tempahan baju kebaya kembang nikah bersulam sahaja.
Pakej Couple
- Fabrik Duchess Satin
- Pilihan Warna Fabrik
- Customize Motif Sulam
- Customize Motif Kerawang
- Upah Menjahit Baju Nikah Kebaya Kembang
- Upah Menjahit Baju Melayu
- Upah Menyulam Kerawang Baju Nikah Kebaya Kembang
- Upah Menyulam Baju Melayu
- Free Shipping Semenanjung Malaysia
- 2 Free Gifts – Free Gift A & B
Pakej Single
- Fabrik Duchess Satin
- Pilihan Warna Fabrik
- Customize Motif Sulam
- Customize Motif Kerawang
- Upah Menjahit Baju Nikah Kebaya Kembang
- Upah Menyulam Kerawang Baju Nikah Kebaya Kembang
- Free Shipping Semenanjung Malaysia
- 1 Free Gift – Free Gift A
PAKEJ BAJU NIKAH KEBAYA KEMBANG BERSULAM
DAPATKAN FREE GIFT
Dapatkan Free Gift di bawah untuk setiap pakej yang anda tempah. Untuk membolehkan anda mendapatkan Free Gift ini, anda perlu melakukan sebagaimana yang diminta dengan mengklik butang di bawah. Cepat! Kerana kami hanya memberikannya kepada 30 18 penempah awal sahaja. Atau selagi stok masih ada.
FREE GIFT A
Selagi Stok Masih AdaVeil Bersulam Biku
FREE GIFT B
Selagi Stok Masih AdaSampin Songket Terengganu
PAKEJ BAJU KEBAYA KEMBANG NIKAH BERSULAM
SOAL JAWAB UMUM
Berikut adalah soalan dan jawaban umum mengenai pakej jahitan dan sulam baju kebaya kembang nikah yang kami tawarkan.
Ya! Harga pakej yang dipamerkan adalah termasuk sekali dengan tempahan baju Melayu untuk pengantin lelaki jika anda memilih pakej couple. Malah, sulam juga akan dibuat pada baju Melayu pada kepala poket dan hujung tangan baju. Kesemua corak sulam baju Melayu ini akan sedondon dengan corak sulam kebaya kembang pengantin perempuan.
Ya! Harga pakej termasuk jahitan baju nikah anda serta baju Melayu pasangan anda dan juga sulaman baju nikah anda dan pasangan anda.
Ya! Termasuk sekali. Dan kami hanya menggunakan fabrik duchess untuk menghasilkan baju nikah anda serta baju Melayu pasangan anda.
Sudah semestinya boleh. Kami menjanjikan 100% hasil corak sulam kerawang pada baju nikah anda adalah eksklusif dan tidak akan digunakan pada tempahan baju nikah yang lain.
Tidak boleh. Ini kerana setiap jenis baju yang disulam perlu mengikut standard seperti yang kami tunjukkan pada setiap pakej tempahan. Ini kerana tidak semua sudut baju boleh disulam bagi mengelakkan baju tempahan anda kelihatan canggung.
Proses menyiapkannya adalah berbeza-beza mengikut jenis baju. Ia adalah subjektif. Namun, bagi tempahan jahitan & sulam baju kebaya kembang ini, kebiasaannya pihak kami akan mengambil masa dari 2.5 hingga 3.5 bulan untuk menyiapkannya.
Setiap progres tempahan akan diupdate setiap minggu menggunakan WhatsApp dan adakalanya diberikan dalam gambar mengikut kesesuaian. Jadi, anda akan dapat mengikuti progresnya tanpa rasa ragu-ragu.
Boleh! Caj tambahan akan dikenakan kepada penempah. Sila berbincang dengan pihak kami terlebih dahulu.
Proses mengukur badan akan dilakukan secara LIVE VIDEO bersama pelanggan selepas anda menempah pakej yang dikehendaki. Pelanggan boleh memilih masa dan tarikh untuk mengukur badan di dalam booking form yang akan diberikan secara automatik selepas pembayaran. Tiada sentuhan fizikal. Dan tidak kira walau di mana jua pelanggan berada, meskipun di luar Malaysia, anda tetap boleh menempah bersama kami.
Ya! 100% secara online. Dari perbincangan, tempahan, pemeteraian kontrak, mengukur badan, memilih corak sulam sehingga ke proses penghantaran baju nikah yang telah siap. Tiada sentuhan fizikal 100%. Jadi, anda boleh menjadi pelanggan kami biarpun anda berada di hujung dunia.