Pakej Tempahan Jahitan dan Sulam Baju Nikah Kebaya Moden2021-01-29T11:57:42+08:00

PAKEJ TEMPAHAN BAJU NIKAH KEBAYA MODEN BERSULAM

Pakej Baju Nikah Kebaya Moden Bersulam - Bridal Sulam

PAKEJ TEMPAHAN JAHITAN & SULAM BAJU NIKAH

PAKEJ BAJU NIKAH KEBAYA MODEN BERSULAM

Seri Pengantin Bridal Sulam kami menyediakan pakej tempahan jahitan & sulam baju nikah kebaya moden untuk bakal mempelai perempuan dan baju kurung Melayu bersulam untuk mempelai lelaki. Pakej ini bakal memperlihatkan anda anggun sedondon bersama pasangan pengantin anda di majlis pernikahan nanti. Berikut adalah item yang disediakan dalam pakej ini.

Fabrik Pilihan Pakej Baju Nikah Kebaya Moden Bersulam

Fabrik Duchess Satin

Fabrik duchess satin daripada Jepun merupakan fabrik yang akan digunapakai dalam menghasilkan kebaya moden dan baju Melayu pasangan anda. Fabrik ini tebal tapi tidak panas dan senang digosok.

Pilihan Warna Fabrik Pakej Baju Nikah Kebaya Moden Bersulam

Pilihan Warna Fabrik Baju

Anda boleh memilih warna fabrik untuk baju nikah anda. Kami akan menggunakan fabrik duchess untuk menghasilkan setiap tempahan baju kebaya moden dan juga baju Melayu.

Customize Motif Sulam Pakej Baju Nikah Kebaya Moden Bersulam

Customize Motif Sulam

Anda boleh customize atau menyesuaikan corak sulam mengikut kehendak anda. Atau anda boleh meminta corak sulam berdasarkan foto design sulam yang anda perolehi.

Customize Motif Kerawang Pakej Baju Nikah Kebaya Moden Bersulam

Customize Motif Kerawang

Anda boleh customize atau mencadangkan corak kerawang mengikut kehendak anda. Antara motif corak kerawang ialah buih, lebah, sarang lelabah, daun dan lain-lain lagi.

Upah Menjahit Baju Kebaya Moden

Jahitan Baju Kebaya

Kebaya moden akan dijahit oleh pihak kami menggunakan ukuran badan anda. Design leher cheongsam akan digunapakai dan 2 jenis kain pilihan samada kain belah dan kain duyong.

Upah Menjahit Baju Melayu Nikah

Jahitan Baju Melayu

Baju Melayu juga akan dijahit oleh pihak kami menggunakan ukuran badan bakal pasangan anda. Terdapat 2 jenis jahitan baju Melayu yang disediakan untuk pilihan samada slim fit atau standard.

Sulam Kerawang Pakej Baju Nikah Kebaya Moden Bersulam

Sulam Goyang Kerawang Kebaya Moden

Kebaya moden anda akan disulam goyang kerawang pada bahagian tertentu dengan motif corak sulam pilihan anda.

Sulam Biku Pakej Baju Nikah Kebaya Moden Bersulam

Sulam Biku Kurung Melayu

Baju Melayu juga akan disulam biku oleh pihak kami pada bahagian baju tertentu sedondon dengan motif corak sulam pada kebaya moden pasangan anda.

Free Gift Pakej Baju Nikah Kebaya Moden Bersulam

Free GIFTS

Free gift istimewa akan diberikan kepada setiap tempahan pakej kebaya moden nikah dan baju Melayu ini. Ingin tahu cara mendapatkannya? Teruskan bacaan.

PAKEJ BAJU KEBAYA MODEN NIKAH BERSULAM

SUDUT SULAM

Seri Pengantin Bridal Sulam akan menghasilkan sulam pada kebaya moden dan baju Melayu mengikut sudut-sudut yang ditunjukkan di bawah.

SULAM BAJU NIKAH

KEBAYA MODEN

Sila halakan cursor atau tap kotak untuk penjelasan lanjut.

SULAM BAJU NIKAH

BAJU MELAYU

Sila halakan cursor atau tap kotak untuk penjelasan lanjut.

PAKEJ BAJU NIKAH KEBAYA MODEN BERSULAM

HARGA TEMPAHAN

Kami menyediakan 2 pakej tempahan jahitan dan sulam kebaya moden nikah yang boleh anda pilih. Pertamanya pakej couple tempahan kebaya moden nikah bersulam berserta baju Melayu bersulam. Atau keduanya, pakej single tempahan kebaya nikah bersulam sahaja.

Pakej Couple

RM350000
  • Fabrik Duchess Satin
  • Pilihan Warna Fabrik
  • Customize Motif Sulam
  • Customize Motif Kerawang
  • Upah Menjahit Baju Nikah Kebaya Moden
  • Upah Menjahit Baju Melayu
  • Upah Menyulam Kerawang Baju Nikah Kebaya Moden
  • Upah Menyulam Baju Melayu
  • Free Shipping Semenanjung Malaysia
  • 2 Free Gifts – Free Gift A & B

Pakej Single

RM280000
  • Fabrik Duchess Satin
  • Pilihan Warna Fabrik
  • Customize Motif Sulam
  • Customize Motif Kerawang
  • Upah Menjahit Baju Nikah Kebaya Moden
  • Upah Menyulam Kerawang Baju Nikah Kebaya Moden
  • Free Shipping Semenanjung Malaysia
  • 1 Free Gift – Free Gift A

PAKEJ KEBAYA MODEN NIKAH BERSULAM

DAPATKAN FREE GIFT

Dapatkan Free Gift di bawah untuk setiap pakej yang anda tempah. Untuk membolehkan anda mendapatkan Free Gift ini, anda perlu melakukan sebagaimana yang diminta dengan mengklik butang di bawah. Cepat! Kerana kami hanya memberikannya kepada 30 18 penempah awal sahaja. Atau selagi stok masih ada.

FREE GIFT A

Selagi Stok Masih Ada

Veil Bersulam Biku

FREE GIFT B

Selagi Stok Masih Ada

Sampin Songket Terengganu

PAKEJ BAJU KEBAYA MODEN NIKAH BERSULAM

SOAL JAWAB UMUM

Berikut adalah soalan dan jawaban umum mengenai pakej jahitan dan sulam baju kebaya nikah yang kami tawarkan.

Adakah harga pakej tempahan jahitan dan sulam baju kebaya moden ini termasuk sekali dengan tempahan baju Melayu untuk pasangan pengantin lelaki?2021-01-20T18:23:38+08:00

Ya! Harga pakej yang dipamerkan adalah termasuk sekali dengan tempahan baju Melayu untuk pengantin lelaki jika anda memilih pakej couple. Malah, sulam juga akan dibuat pada baju Melayu iaitu pada kepala poket dan hujung tangan baju. Kesemua corak sulam baju Melayu ini akan sedondon dengan corak sulam kebaya moden pengantin perempuan.

Adakah harga pakej tempahan ini termasuk sekali dengan proses menjahit?2021-01-20T18:04:16+08:00

Ya! Harga pakej termasuk jahitan baju nikah anda serta baju Melayu pasangan anda dan juga sulaman baju nikah anda dan pasangan anda.

Adakah fabrik baju juga termasuk dalam pakej tempahan ini?2020-12-26T15:18:50+08:00

Ya! Termasuk sekali. Dan kami hanya menggunakan fabrik duchess untuk menghasilkan baju nikah anda serta baju Melayu pasangan anda.

Bolehkah corak sulam kerawang boleh disulam mengikut corak kehendak saya?2021-01-20T18:12:30+08:00

Sudah semestinya boleh. Kami juga menjanjikan 100% hasil corak sulam kerawang pada baju nikah anda adalah eksklusif dan tidak akan digunakan pada tempahan baju nikah yang lain. Anda pasti teruja memakai baju nikah yang menggunakan motif corak kegemaran anda.

Bolehkah sulam kerawang disulam pada bahagian baju atau mana-mana sudut yang saya ingini?2020-12-26T15:19:54+08:00

Tidak boleh. Ini kerana setiap jenis baju yang disulam perlu mengikut standard seperti yang kami tunjukkan pada setiap pakej tempahan. Ini kerana tidak semua sudut baju boleh disulam bagi mengelakkan baju tempahan anda kelihatan canggung.

Berapa lamakah proses menyiapkan tempahan jahitan dan sulam kebaya moden ini diambil?2021-01-20T18:11:22+08:00

Proses menyiapkannya adalah berbeza-beza mengikut jenis baju. Namun, bagi tempahan jahitan & sulam baju kebaya moden nikah ini, kebiasaannya pihak kami akan mengambil masa dari 2.5 hingga 3 bulan untuk menyiapkannya. Namun anda tidak perlu risau kerana kami akan sentiasa mengemaskini progres jahitan dan sulaman kepada anda dari semasa ke semasa.

Bagaimana saya ingin tahu progres atau perkembangan tempahan jahitan & sulam baju kebaya moden nikah saya?2021-01-20T17:42:38+08:00

Setiap progres tempahan akan diupdate setiap minggu menggunakan WhatsApp dan adakalanya diberikan dalam gambar mengikut kesesuaian. Jadi, anda akan dapat mengikuti progresnya tanpa rasa ragu-ragu.

Bolehkah Butik Seri Pengantin meletakkan aksesori lain seperti manik dan kristal pada kebaya moden nikah saya?2020-12-26T15:21:07+08:00

Boleh! Caj tambahan akan dikenakan kepada penempah. Sila berbincang dengan pihak kami terlebih dahulu.

Bagaimana Proses Mengukur Badan Dilakukan?2021-01-20T19:20:30+08:00

Proses mengukur badan akan dilakukan secara LIVE VIDEO bersama pelanggan selepas anda menempah pakej yang dikehendaki. Pelanggan boleh memilih masa dan tarikh untuk mengukur badan di dalam booking form yang akan diberikan secara automatik selepas pembayaran. Tiada sentuhan fizikal. Dan tidak kira walau di mana jua pelanggan berada, meskipun di luar Malaysia, anda tetap boleh menempah bersama kami.

Adakah Semua Proses di Butik Seri Pengantin Bridal Sulam ini Dijalankan Secara Online?2021-01-20T19:25:02+08:00

Ya! 100% secara online. Dari perbincangan, tempahan, pemeteraian kontrak, mengukur badan, memilih corak sulam sehingga ke proses penghantaran baju nikah yang telah siap. Tiada sentuhan fizikal 100%.  Jadi, anda boleh menjadi pelanggan kami biarpun anda berada di hujung dunia.

Go to Top