Perkhidmatan Eksklusif Kerawang Embroidery

Tempahan Sulam Kerawang, Rekaan Busana & Jahitan eksklusif

Daripada idea pertama sehingga menjadi sebuah busana yang sempurna, kami menyediakan perkhidmatan lengkap merangkumi Sulam Goyang Kerawang, rekaan fesyen, jahitan premium dan konsultasi eksklusif bagi menghasilkan busana yang benar-benar mencerminkan keperibadian anda.

Rekaan Eksklusif

1 Pelanggan • 1 Rekaan
Tiada rekaan dihasilkan secara besar-besaran. Setiap corak dilakar khas mengikut idea dan citarasa pelanggan.

Sulaman Manual

Ketelitian Dalam Setiap Jahitan
Semua Sulam Goyang Kerawang dihasilkan secara manual menggunakan teknik tradisional yang diwarisi turun-temurun.

Fabrik Premium

Kualiti Yang Tahan Lama
Kami membantu memilih fabrik yang paling sesuai supaya sulaman kelihatan lebih kemas dan mewah.

Konsultasi Percuma

Bersama Pereka Kami
Kami berbincang bersama pelanggan sebelum sebarang lakaran atau sulaman dimulakan.

Pengalaman

Lebih 30 Tahun
Pengalaman dalam menghasilkan pelbagai busana premium untuk majlis istimewa.

Khidmat Sulam Kerawang & Jahitan Busana

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan sulaman yang boleh disesuaikan mengikut jenis busana, fabrik dan konsep majlis.

Tempahan Sulam Goyang Kerawang

Sulaman manual eksklusif untuk Kebaya Nyonya, Kurung Moden, Kurung Pahang, Busana Pengantin dan pelbagai jenis busana wanita.

Rekaan Sulam Custom

Kami mereka corak sulaman baharu berdasarkan idea, inspirasi atau motif pilihan anda supaya setiap rekaan benar-benar unik.

Motif Sulaman Eksklusif

Pelbagai pilihan motif flora, fauna dan abstrak yang dilakar khas sebelum proses sulaman dijalankan.

Sulaman Busana Pengantin

Kami menghasilkan sulaman eksklusif untuk busana nikah, sanding, bertandang dan majlis resepsi.

Sulaman Fabrik

Anda boleh menghantar fabrik sendiri ataupun busana yang telah siap dijahit untuk disulam menggunakan teknik Sulam Goyang Kerawang.

Sulaman Veil & Aksesori

Kami turut menerima tempahan sulaman untuk veil, selendang, tudung dan aksesori bagi melengkapkan penampilan.

Jahitan & Rekaan Busana

Rekaan dan jahitan busana mengikut ukuran badan bagi meastikan keselesaan dan potongan yang sempurna.

Sulam Lace Premium Bridal

Kami turut menyulam lace untuk busana anda dengan lace-lace yang mewah dan premium.

Khidmat Rekaan Fesyen & Jahitan Busana

Bukan sekadar sulaman, kami juga membantu menghasilkan busana yang direka khas mengikut ukuran badan dan gaya pilihan anda.

Jahitan Busana Custom

Busana dijahit mengikut ukuran badan supaya lebih selesa dan menyerlahkan bentuk yang elegan.

Rekaan Fesyen Wanita

Rekaan eksklusif untuk pelbagai majlis termasuk majlis rasmi, pertunangan dan perkahwinan.

Jahitan Busana Pengantin

Daripada lakaran awal sehingga busana siap dipakai, semuanya dihasilkan dengan penuh ketelitian.

Bagaimana Tempahan Anda Dihasilkan?

Proses yang teratur memastikan setiap tempahan memenuhi standard kualiti Kerawang Embroidery.

Konsultasi Bersama Pereka

Hubungi kami melalui WhatsApp atau telefon.

Lakaran Rekaan Sulaman

Kongsi konsep, tema warna atau rekaan yang anda inginkan.

Pemilihan Fabrik & Warna

Kami cadangkan motif, fabrik & warna yang paling sesuai.

Pengesahan Rekaan

Anda akan terima anggaran kos & tempoh siap awal.

Sulaman Manual

Jahitan pakaian akan disiapkan sekiranya anda juga mempunyai tempahan jahitan.

Jahitan & Kemasan

Sulaman ayak kerawang manual dijalankan dengan penuh ketelitian selepas proses menjahit selesai.

Pemeriksaan Kualiti

Hasil akhir siap dengan kemasan premium & sedia diserahkan

Siap Dihantar

Hasil akhir siap dengan kemasan premium & sedia diserahkan
kerawang embroidery logo

Mengapa Sulam Goyang Kerawang Berbeza?

Kehalusan yang hanya dapat dihasilkan melalui pengalaman dan sentuhan tangan manusia.

Sulam Goyang Kerawang merupakan teknik sulaman tradisional yang memerlukan ketelitian tinggi kerana setiap corak disulam dan ditebuk secara manual. Berbeza dengan sulaman berkomputer, setiap hasil mempunyai karakter tersendiri dan memberikan tekstur yang lebih hidup serta eksklusif.

Apa kata pelanggan kami?

Soalan Lazim (FAQ)

Ya, sudah tentu.

Ramai pelanggan datang kepada kami tanpa sebarang rekaan. Pasukan kami akan membantu memberikan idea, memilih motif sulaman, menentukan susunan corak, saiz sulaman serta warna benang yang sesuai mengikut jenis busana, majlis dan citarasa anda.

Setiap rekaan dihasilkan secara eksklusif dan bukan menggunakan template komputer.

Tidak semestinya.

Keseluruhan proses tempahan boleh dilakukan secara dalam talian melalui WhatsApp.

Anda hanya perlu menghantar gambar busana atau fabrik, berbincang mengenai rekaan yang diinginkan, dan selepas dipersetujui, anda boleh menghantar busana melalui kurier.

Ramai pelanggan kami tidak pernah datang ke butik tetapi berjaya menerima hasil sulaman seperti yang diharapkan.

Ya, boleh.

Majoriti pelanggan kami membuat tempahan sepenuhnya melalui WhatsApp.

Melalui WhatsApp, kami akan membantu anda:

  • Perbincangan idea rekaan
  • Cadangan motif sulaman
  • Pemilihan warna benang
  • Susunan corak
  • Anggaran kos
  • Tempoh menyiapkan tempahan

Semuanya boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu hadir ke butik.

Ya, boleh.

Kami menerima tempahan daripada seluruh Malaysia termasuk:

  • Sabah
  • Sarawak
  • Labuan
  • Semua negeri di Semenanjung Malaysia

Busana atau fabrik hanya perlu dihantar menggunakan perkhidmatan kurier dan kami akan menghantarnya semula setelah siap disulam.

Ya, boleh.

Kami menerima tempahan sulaman daripada pelanggan di pelbagai negara termasuk:

  • 🇺🇸 Amerika Syarikat
  • 🇬🇧 United Kingdom
  • 🇦🇪 Dubai
  • 🇦🇺 Australia
  • 🇸🇬 Singapura

Sekiranya anda berada di luar Malaysia, proses tempahan masih boleh dilakukan sepenuhnya melalui WhatsApp. Fabrik atau busana boleh dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran antarabangsa dan kami juga menyediakan penghantaran semula ke negara anda setelah tempahan siap.

Biasanya sesi konsultasi mengambil masa sekitar 15 hingga 30 minit, bergantung kepada tahap kerumitan rekaan yang ingin dihasilkan.

Dalam sesi ini kami akan membantu menentukan:

  • Rekaan sulaman
  • Motif bunga
  • Warna benang
  • Kedudukan sulaman
  • Saiz sulaman
  • Anggaran kos
  • Tempoh menyiapkan tempahan

Harga bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Ketebalan sulaman
  • Saiz kawasan sulaman
  • Kerumitan motif
  • Jenis fabrik
  • Bilangan bahagian yang ingin disulam

Setiap tempahan mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu kami akan memberikan sebut harga selepas perbincangan mengenai rekaan yang anda inginkan.

Tempoh menyiapkan tempahan bergantung kepada:

  • Bilangan tempahan yang sedang dalam giliran
  • Tahap kerumitan rekaan
  • Keluasan kawasan sulaman

Secara amnya, proses menyiapkan sulaman mengambil masa sekitar 14 hingga 30 hari.

Bagi tempahan untuk majlis tertentu, kami mengesyorkan anda membuat tempahan lebih awal bagi memastikan tempahan dapat disiapkan mengikut jadual.

Kedua-duanya boleh.

Oleh kerana sulaman kami dihasilkan sepenuhnya secara manual dan bukan menggunakan mesin komputer automatik, kami boleh menyulam sama ada pada:

  • Fabrik yang belum dijahit
  • Busana yang telah siap dijahit

Namun, sekiranya anda ingin membuat sulaman pada bahagian leher untuk busana yang telah siap dijahit, kami menyarankan supaya bahagian leher tidak ditebuk terlebih dahulu.

Cukup sekadar melukiskan bentuk leher pada fabrik dan pihak kami akan melakukan proses menebuknya selepas sulaman selesai bagi memastikan hasil akhir lebih kemas dan tepat.

Terdapat beberapa perkara teknikal lain yang perlu diberi perhatian. Untuk memudahkan proses tempahan, kami mengesyorkan anda berbincang terlebih dahulu dengan pihak butik.

Kami menerima tempahan sulaman untuk pelbagai jenis busana seperti:

  • Kebaya Nyonya
  • Baju Kurung
  • Kurung Pahang
  • Kurung Kedah
  • Kebaya Moden
  • Dress
  • Busana Pengantin
  • Veil Pengantin
  • Busana Lelaki
  • Jubah
  • Baju Korporat
  • Fabrik meter
  • Dan pelbagai jenis busana lain.

Ya.

Setiap rekaan dihasilkan mengikut permintaan pelanggan dan dilukis secara manual sebelum proses sulaman dimulakan.

Kami tidak menghasilkan rekaan secara pukal atau menggunakan corak yang sama untuk semua pelanggan. Setiap tempahan mempunyai identiti dan keunikan tersendiri.

Prosesnya sangat mudah:

  1. Hubungi kami melalui WhatsApp.
  2. Kongsikan gambar busana atau fabrik.
  3. Bincang idea dan rekaan sulaman.
  4. Terima anggaran harga.
  5. Hantar busana melalui kurier atau datang ke butik.
  6. Sulaman disiapkan secara manual.
  7. Pemeriksaan kualiti dilakukan.
  8. Tempahan dihantar kembali kepada anda.

Jadikan Idea Anda Sebuah Karya Seni

Setiap pelanggan mempunyai cerita yang berbeza, dan setiap busana yang kami hasilkan direka khas untuk menceritakan kisah tersebut. Berbincanglah bersama kami untuk menghasilkan Sulam Kerawang eksklusif yang menggabungkan warisan, kehalusan dan kemewahan dalam setiap jahitan.