“KEANGGUNAN BERSULAM, DIREKA KHAS UNTUKMU”

Busana eksklusif tempahan khas untuk majlis istimewa, pengantin, dan gaya harian – untuk semua wanita, tanpa mengira usia, bangsa atau agama.

Selamat datang ke Seri Pengantin – di sinilah keanggunan tradisi bertemu dengan sentuhan moden. Kami di Seri Pengantin bukan sekadar mereka busana, tetapi menghidupkan impian anda melalui jahitan dan sulaman halus yang penuh seni dan jiwa. Sama ada untuk hari bahagia, majlis istimewa, atau gaya harian yang anggun, kami sedia mencipta rekaan yang mencerminkan keunikan anda – tanpa mengira umur, bangsa atau agama. Datanglah ke butik kami, dan rasai sendiri keistimewaan busana bersulam yang direka khas hanya untuk anda.

Sentuhan Eksklusif untuk Ratu Sehari

Raih pesona hari bahagia anda dengan busana pengantin eksklusif yang direka khas mengikut citarasa dan keunikan peribadi anda. Setiap helaian dijahit dengan penuh kasih, untuk momen sekali seumur hidup.

Warisan Halus: Busana Bersulam Ayak Tradisional

Nikmati keindahan seni sulaman ayak tradisional yang halus dan mewah. Setiap busana mengangkat warisan budaya, dipadankan dengan rekaan moden untuk penampilan yang memukau dan bermakna.

Edisi Terhad: Koleksi Eksklusif Busana

Jangan lepaskan peluang memiliki busana dalam koleksi terhad kami – rekaan unik, stok terhad, dan tidak akan dikeluarkan semula. Miliki gaya eksklusif yang benar-benar milik anda.

Ingin Tempah Busana Eksklusif?

Impikan Corak Sulaman Yang Unik & Tiada Duanya?

Setiap busana pengantin sulaman kami direka dengan penuh teliti dan penuh citarasa – 100% eksklusif, tiada yang serupa.
Kami menghasilkan pelbagai motif sulaman goyang yang memukau, dari ilham flora, fauna, hingga corak abstrak yang moden dan menawan.

Dengan rekaan yang unik dan sulaman yang halus, penampilan anda pasti lebih anggun dan mempesona di hari istimewa!

Koleksi Sulaman Eksklusif

Edisi Terhad

Temui koleksi busana bersulam goyang kami yang eksklusif dan dihasilkan sepenuhnya secara hand-made – tiada ulangan, tiada pengeluaran semula. Setiap rekaan adalah edisi terhad dan direka khas untuk anda yang menghargai keunikan dan kehalusan seni.

Miliki busana sulam istimewa ini sebelum kehabisan – siapa cepat, dia dapat!

“Team dari Seri Pengantin Bridal Sulam ini sangat peramah dan mudah berurusan. Segala urusan tempahan sulam kerawang baju pengantin saya juga mudah dan siap sebelum tarikh akhir.”

Melissa

Kajang, Selangor