Soalan Lazim Tentang Tempahan Baju Nikah Bersulam2021-11-24T19:43:12+08:00

PAKEJ TEMPAHAN BAJU PENGANTIN BERSULAM

Soal Jawab Umum

Berikut adalah soalan dan jawaban umum mengenai tempahan pakej baju nikah bersulam yang kami tawarkan di Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Adakah harga pakej tempahan ini termasuk sekali dengan proses menjahit?2021-11-24T15:23:50+08:00

Ya! Harga pakej termasuk jahitan baju nikah anda serta baju Melayu pasangan anda dan juga sulaman baju nikah anda dan pasangan anda.

Adakah fabrik baju juga termasuk dalam pakej tempahan ini?2021-11-24T15:24:27+08:00

Sudah semestinya! Termasuk sekali. Dan kami hanya menggunakan fabrik duchess untuk menghasilkan baju nikah anda serta baju Melayu pasangan anda. Terdapat 3 warna yang boleh anda pilih iaitu silver, putih cream dan juga emas. Kami hanya menyediakan 3 warna ini kerana ia adalah warna fabrik yang paling digemari oleh setiap pasangan pengantin.

Bolehkah corak sulam kerawang boleh disulam mengikut corak kehendak saya?2021-11-24T15:20:44+08:00

Boleh. Namun, kami menjanjikan 100% hasil corak sulam kerawang pada baju nikah anda adalah eksklusif dan tidak akan digunakan pada tempahan baju nikah yang lain. Jika penempah ingin pihak Seri Pengantin Bridal Sulam meniru mana-mana corak sulaman yang diingini, sila berikan foto design sulaman tersebut kepada kami. Pastikan fotonya jelas untuk memudahkan kami meniru corak sulaman tersebut.

Bolehkah sulam kerawang disulam pada bahagian baju atau mana-mana sudut yang saya ingini?2021-11-24T15:21:37+08:00

Tidak boleh. Ini kerana setiap jenis baju yang disulam perlu mengikut standard seperti yang kami tunjukkan pada setiap pakej tempahan. Ini kerana tidak semua sudut baju boleh disulam bagi mengelakkan baju tempahan anda kelihatan canggung.

Berapa lamakah proses menyiapkan tempahan baju nikah ini diambil?2021-11-24T15:22:03+08:00

Proses menyiapkannya adalah berbeza-beza mengikut jenis baju. Namun, kebiasaanya pihak kami akan mengambil masa dari 2.5 hingga 3 bulan untuk menyiapkan sesuatu tempahan baju nikah bersulam ini.

Bagaimana saya ingin tahu progres atau perkembangan tempahan baju nikah saya?2021-11-24T15:22:28+08:00

Setiap progres tempahan akan diupdate setiap minggu menggunakan WhatsApp dan adakalanya diberikan dalam gambar mengikut kesesuaian.

Bolehkah Butik Seri Pengantin meletakkan aksesori lain seperti manik dan kristal pada kebaya moden nikah saya?2021-11-24T15:18:23+08:00

Boleh! Caj tambahan akan dikenakan kepada penempah. Sila berbincang dengan pihak kami terlebih dahulu.

Title

Go to Top