PAKEJ TEMPAHAN BAJU NIKAH BERSULAM

BUTIK SERI PENGANTIN BRIDAL SULAM

Seri Pengantin Bridal Sulam kami menyediakan pakej tempahan menjahit dan menyulam baju nikah untuk bakal mempelai perempuan dan baju kurung Melayu bersulam untuk bakal mempelai lelaki. Setiap pakej yang disediakan kami meliputi dari pemilihan fabrik, warna fabrik, pemilihan corak sulaman kerawang hingga ke proses menjahit dan menyulam. Kesemuanya dimuatkan dalam pakej sulam baju nikah seri pengantin kami. Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang pakej tempahan baju nikah bersulam.

PAKEJ TEMPAHAN SERI PENGANTIN

Ciri-Ciri Pakej Tempahan

Berikut adalah ciri-ciri dalam pakej tempahan baju nikah bersulam kami.

penyediaan fabrik tempahan baju nikah bersulam

Penyediaan Fabrik

Setiap pakej akan menggunakan fabrik duchess satin daripada Jepun. Fabrik duchess ini tebal tapi tidak panas dan senang digosok.

pilihan warna fabrik tempahan baju nikah bersulam

Pilihan Warna Fabrik

Anda boleh memilih warna fabrik untuk baju nikah anda. Kami menyediakan 3 jenis warna utama iaitu silver, gold dan juga cream.

customize corak sulam tempahan baju nikah

Customize Motif Sulam

Anda boleh customize atau menyesuaikan corak sulam mengikut kehendak anda. Atau anda boleh meminta corak sulam berdasarkan foto design sulam yang anda perolehi.

customize corak kerawang tempahan baju nikah bersulam

Customize Motif Kerawang

Anda boleh customize atau mencadangkan corak kerawang mengikut kehendak anda. Antara motif kerawang ialah buih, lebah, sarang lelabah, daun dan lain-lain lagi.

tempahan baju nikah bersulam

Jahitan Baju

Pakej ini termasuk khidmat menjahit baju nikah sekali. Kami akan menjahit baju nikah untuk bakal mempelai lelaki dan perempuan mengikut pakej yang anda tempah.

Sulam Kerawang Baju Nikah

Untuk baju nikah pengantin perempuan, sulam kerawang akan dihasilkan setelah anda mengesahkan motif sulam dan kerawang yang diingini.

Sulam Biku Baju Nikah

Untuk baju nikah pengantin lelaki, sulam biku akan dihasilkan mengikut kesesuaian motif sulam baju nikah pengantin perempuan.

Kontrak Disediakan

Kontrak perjanjian disediakan dan akan dimeterai secara online dan sah di sisi undang-undang.

Update Progres

Progres menjahit dan menyulam akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Ia akan dimaklumkan melalui WhatsApp.