Baju Kurung Moden Nikah Bersulam Kerawang Corak Bunga Ros.

Tempahan Baju Nikah Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Baju nikah kali ini dijahit untuk fesyen kurung moden yang disulam goyak motif bunga ros dengan kerawang sarang tebuan. Baju nikah bersulam ini dihasilkan khas untuk bakal pengantin dari Putrajaya.

Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Nikah.

Tempahan Baju Nikah, Putrajaya.

Ya, pada kali ni, sulaman kerawang motif bunga ros dihasilkan pada baju kurung moden yang dipadankan dengan kain belah. Baju nikah ini disulam pada bahagian hujung tangan baju, hadapan bawah baju, keliling belakang baju dan di hadapan belahan kain. Manakala di belakang kain hanya disulam dengan biku sahaja. Dengan ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa sulaman kerawang motif bunga ros ini nampak timbul di bahagian-bahagian yang telah dinyatakan tadi.

Motif Sulam Bunga Ros Kembang.

Rekaan Sulam Motif Flora Untuk Busana Nikah.

Untuk menyerikan lagi motif sulam bunga ros ini, kelopak mekar yang kembang mendominasi motif sulaman kerawang ini. Oleh itu, hasil sulamannya akan nampak jelas walaupun si pemakai atau pengantin berada jauh di atas pelamin. Hal ini disebabkan kelopak ros yang mekar ini amat mudah dilihat berbanding dengan kudup serta pandangan sisi motif bunga ros.

Tebal Sulam Untuk Rekaan Busana Nikah Kurung Moden.

Ketebalan Sulam Goyang Yang Dihasilkan.

Selain daripada motif, ketebalan ataupun ketinggian sulam kerawang juga memainkan peranan penting untuk menampakkan hasil corak sulaman lebih jelas dan juga menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Oleh sebab itu, di bahagian hujung tangan, sulaman dihasilkan setinggi 5 inci. Ia dihasilkan secara membukit. Dengan ini, jelas menampakkan tangan si pemakai akan lebih tirus dan kurus serta sulamannya akan nampak penuh di bahagian tangan.

Sulam Dihasilkan Setebal 4 inci Pada Baju Nikah.

Ketebalan Saiz Sulam Yang Dihasilkan Pada Busana.

Selain tangan, sulaman juga dihasilkan di bahagian hadapan baju. Ia dihasilkan secara membukit setebal 4 inci. Manakala di bahagian belakang baju kurung moden nikah ini pula, sulaman kerawang dihasilkan secara mendatar setebal 4 inci. Hal ini membuatkan sulaman ini sedikit tebal di bahagian depan yang menjadi tarikan dan penarik untuk sulaman motif bunga ros ini yang dihasilkan pada baju nikah ini.

Motif Sulaman Secara Menaik Pada Bucu Kain Sarung Belah.

Ketebalan Saiz Sulam Pada Kain.

Ia nampak lebih manis apabila kawasan ‘L’ di bahagian hadapan kain belah turut disulam kerawang dengan motif sulaman secara menaik di bahagian bucu kain. Ia dihasilkan setinggi 5 inci. Walaupun pada keliling kainnya dihasilkan biku pada kain tersebut, ia telah diserikan dengan sulaman kerawang di bahagian sudut ‘L’ hadapan kain belah tersebut.

Motif Kerawang Sarang Tebuan.

Menyerlahkan Hasil Rekaan Dengan Motif Kerawang.

Selain motif sulam ros yang cantik, kerawang juga memainkan peranan dalam menaikkan seri sulaman kerawang keseluruhannya. Kerawang yang dihasilkan pada kali ini adalah kerawang sarang tebuan. Ia adalah kerawang klasik yang diayak kemas sepertimana sarang tebuan yang tersusun rapi. Jelas kelihatan bentuk-bentuk heksagon disusun di celahan motif sulaman bunga ros ini.

Warna Benang Berkilat Menjadi Penyeri Busana Berwarna Putih.

Penggunaan Benang Sulam Berwarna Kilat.

Benang kilat seperti warna emas ataupun perak amat cantik dan sesuai dipadankan pada fabrik polos. Apatah lagi ia dipakai oleh si pengantin pada majlis akad nikahnya. Ia sangat cantik diperagakan. Oleh kerana warna baju nikah amat tipikal dengan warna putih, pastinya warna-warna kilat seperti emas dan juga perak menjadi penyeri seperti yang dinyatakan pada awal artikel ini. Kali ini, warna emas diketengahkan sebagai penyeri sulaman kerawang motif bunga ros. Motif bunga ros ini dililit di setiap kelopak, sulur serta daun dengan warna emas ini. Ia dibuat supaya motif bunga ros ini akan lebih nampak timbul.

Rekaan Sulur Kekacang Pada Kelopak Bunga Sulam.

Motif Sulur Rekaan Sulam Busana Nikah Kurung Moden.

Selain warna, sulur juga memainkan peranan dalam mencantikkan lagi hasil sulaman kerawang motif bunga ros ini. Pada kali ini, jelas kelihatan sulur kekacang dihasilkan pada kelopak ataupun jambangan bunga ros ini. Sulur kekacang ini mudah dikenalpasti kerana ia pastinya akan dihasilkan seperti lingkaran ataupun dihasilkan secara membulat. Ia sama kelihatan seperti sulur kekacang sebenar.

Mengetahui Teknik Sulam Goyang Yang Digunapakai.

Teknik Sulam Goyang Kerawang Yang Digunakan.

Tidak ketinggalan juga teknik yang digunakan dalam penghasilan sulaman kerawang motif bunga ros ini. Teknik yang digunakan lebih banyak kepada teknik satin sulam padu bukaan zig zag. Ini kerana saiz motif bunga ros ini kembang dan membulat mekar membolehkan teknik bukaan zig zag digunakan. Ia ditambah lagi dengan lilitan warna emas di setiap kelopak yang menjadikan hasil sulaman kerawang ini nampak lebih mewah.

Motif Sulam Flora Yang Diminati Ramai.

Motif Sulam Trendy Pilihan Pengantin Masakini.

Jadi, motif ros sulaman kerawang ini sentiasa menjadi pilihan para pengantin kerana kecantikan bunga ros itu sendiri dan kelopak yang banyak turut menjadi daya tarikan. Sebab itulah, tidak hairan jika pihak pengantin ataupun si pemakai lebih meminati hasil sulaman motif bunga ros ini.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Nikah Kurung Moden untuk pengantin dari Putrajaya.

Jadi, sulaman kerawang yang cantik dan senada pada fabrik polos putih ini akan menaikkan lagi seri pemakainya, iaitu bakal pengantin apabila disarungkan pada majlis akad nikahnya nanti. Ia menjadikan pengantin tersebut nampak ayu dan tidak keterlaluan yang sesuai dengan majlis akad nikah yang amat bermakna bagi pasangan yang bergelar raja sehari.

Hasil Sulaman Baju Nikah Eksklusif.

Tempahan Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Secara keseluruhannya, butik pengantin kami berjaya menghasilkan sepasang baju nikah yang cantik dan anggun siap disulam kerawang dengan motif flora yang diingini oleh bakal pengantin. Kepelbagaian motif dan gabungan warna benang yang sesuai dapat dilihat dalam hasil kerajinan tangan sulam nyonya kerawang ini. Apa yang penting, kami menyulam baju nikah anda mengikut motif dan rekaan sulam yang anda ingini secara eksklusif.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden Nikah.

Koleksi Tempahan Baju Kurung Nikah Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Inilah hasil rekaan baju nikah bersulam yang dibuat untuk bakal pengantin dari Putrajaya. Design Tempahan Baju Kurung Moden Nikah Bersulam Kerawang Corak Bunga Ros dengan Kerawang Sarang Tebuan pada fabrik duchess berwarna putih. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak baju nikah terkini yang disulam oleh bridal pengantin kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan design corak sulam untuk baju nikah di atas, jangan lupa untuk hebahkan halaman ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh menempah baju nikah anda yang siap disulam bersama kami sekarang. Hubungi kami 24/7 untuk sebarang pertanyaan dan persoalan.

Testimoni Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Baju Nikah Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Ingin Menempah Baju Nikah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Baju Nikah Anda!

Klik Butang Di Bawah Untuk Chat Dengan Kami Sekarang!