Tempahan Baju Pengantin Sulam Kerawang Bunga Lily dan Sakura Dengan Kerawang Pagar.

Tempahan Baju Kurung Moden Pengantin Bersulam.

Baju pengantin bersulam kali ini dijahit untuk fesyen kurung moden yang telah diubahsuai menjadi seperti kebaya moden. Dan ia disulam goyang motif bunga lily dan bunga sakura dengan kerawang pagar. Ia dihasilkan untuk bakal pengantin dari Seremban.

Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Pengantin.

Tempahan Baju Kurung Nikah Bersulam, Seremban.

Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung moden yang diubahsuai menjadi seperti rekaan baju kebaya moden. Terima kasih kepada penempah yang juga bakal pengantin dari Seremban yang menempah baju pengantin bersulam bersama butik bridal sulam kami. Hasil sulaman kerawang ini benar-benar memenuhi citarasa pelanggan ini kerana setiap permintaannya telah dipenuhi kami seratus peratus bermula dari motif, warna hingga ke kerawang.

Baju Kurung Moden Dengan Inspirasi Kebaya.

Rekaan Baju Inspirasi Kebaya.

Pada asalnya, baju kurung moden ini dijahit dengan potongan princess cut agar ia terletak pada badan pelanggan kami ini. Namun, atas permintaan, beliau inginkan potongan baju kurung moden ini kelihatan seperti kebaya setelah disulam. Sebab itulah rekaan baju kurung moden ini mempunyai belahan di hadapan. Ia seolah-olah kelihatan seperti baju kebaya moden. Cuma, rekaan baju kurung moden pengantin ini, tiada belahan butang yang dibuat secara menegak di leher hingga ke bawah baju sepertimana rekaan baju kebaya moden.

Pelbagai Warna Benang Dalam Satu-Satu Rekaan Sulam.

Rekaan Sulam Unicorn.

Ya, pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan khas mengikut citarasa bakal pengantin ini. Beliau inginkan sulaman yang mirip unicorn di mana, ia kelihatan lebih berwarna-warni pada keseluruhan sulaman kerawang yang dihasilkan. Jika dilihat di dalam satu-satu kelopak motif bunga sulam ini, pelbagai warna benang telah dicampur adukkan dengan warna-warna pilihan penempah dari Seremban ini.

Pilihan Warna Lembut dan Pastel.

Kombinasi Warna Pastel.

Apa yang penting, pemilihan warna yang lembut dan pastel berjaya menjadikan rekaan baju kurung moden pengantin bersulam ini anggun dan cantik. Barulah ia kelihatan menarik sebagaimana warna unicorn dalam cerita dongeng dahulu. Dan kombinasi warna lembut dan pastel ini juga merupakan permintaan khusus daripada penempah kami.

Ketebalan Saiz Sulam Kerawang.

Menyerlahkan Hasil Rekaan Dengan Motif Sulam Pelbagai Saiz.

Jika dilihat dari segi ketebalan sulaman ini pula, di bahagian tangan, dihasilkan sulam setinggi 8 inci. Manakala di bahagian hadapan baju, dihasilkan sulam setinggi 14 inci. Selain itu, di bahagian belakang baju pula, dihasilkan sulam setinggi 3.5 inci. Hanya di bahagian belakang sahaja dihasilkan sulam secara melintang.

Hasil Sulaman Secara Membukit.

Bentuk Corak Sulaman Baju Nikah.

Pada bahagian tangan dan hadapan baju, dihasilkan sulamnya secara membukit iaitu membentuk pucuk rebung. Dengan ini, ia nampak lebih mewah, penuh dan runcing bentuk tangannya serta nampak lebih kurus di bahagian hadapan baju. Keseluruhan bentuk sulam membukit atau pucuk rebung ini berjaya menjadikan rekaan busana kurung moden ini lebih aggun bila mata memandang.

Motif Rekaan Kerawang Pagar Tanpa Tebuk.

Rekaan Kerawang Seperti Sulam Lace.

Selain itu, jika diamati dengan teliti, rekaan kerawang pagar telah dipilih agar menampakkan hasil sulaman yang lebih tradisi dan klasik. Ini kerana, kerawang pagar tergolong dalam kategori kerawang tradisi yang direka sejak dahulu lagi.

Teknik Sulam Ayak Kerawang Yang Digunakan.

Teknik Menyulam Ayak Yang Digunakan.

Dari segi teknik sulaman yang digunakan pula, Teknik bukaan zig zag dan juga satin telah digunakan. Ia dihasilkan agar keseluruhan rekaan sulaman kerawang pada baju kurung moden pengantin bersulam ini, nampak lebih timbul dan cantik. Malah, bingkai-bingkai motif pada sulaman turut menggunakan Teknik menyulam ayak yang sama iaitu Teknik satin atau bukaan zig zag agar setiap kuntuman motif ini menjadi lebih terserlah.

Kerawang Pagar Tanpa Tebuk.

Corak Kerawang Atas Permintaan Bakal Pengantin.

Uniknya kali ini, kerawang yang dihasilkan tidak ditebuk sebagimana rutin kerawang-kerawang yang biasa. Ia menggunakan kaedah lapisan ataupun tampalan kerawang pagar pada fabrik organza. Di mana fabrik organza menjadi pilihan kerana ia berbentuk jernih seperti air dan mirip kepada lace. Sebab itulah, design kerawang pagar mirip rekaan sulam lace ini menjadi kegemaran penempah kali ini.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Baju Pengantin Bersulam Untuk Bakal Pengantin dari Seremban.

Ya, itulah tadi ulasan mengenai rekaan sulaman kerawang untuk busana kurung moden pengantin yang menjadi kegemaran dan trend fesyen busana bakal-bakal pengantin pada hari ini. Dan dengan rekaan sulaman kerawang ini, ia Berjaya menampakkan seri pengantin pada majlis perkahwinannya.

Hasil Sulaman Baju Nikah Eksklusif.

Tempahan Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Secara keseluruhannya, butik pengantin kami berjaya menghasilkan sepasang baju nikah yang cantik dan anggun siap disulam kerawang dengan motif flora yang diingini oleh bakal pengantin. Kepelbagaian motif dan gabungan warna benang yang sesuai dapat dilihat dalam hasil kerajinan tangan sulam nyonya kerawang ini. Apa yang penting, kami menyulam baju nikah anda mengikut motif dan rekaan sulam yang anda ingini secara eksklusif.

Design Sulam Kerawang Baju Nikah Kurung Moden.

Koleksi Tempahan Baju Pengantin Bersulam Butik Seri Pengantin.

Inilah hasil rekaan baju nikah bersulam yang dibuat untuk bakal pengantin dari Seremban. Design Tempahan Pengantin Bersulam Dengan Corak Bunga Lily dan Sakura serta Kerawang Pagar pada fabrik duchess berwarna putih. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak baju nikah terkini yang disulam oleh bridal pengantin kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan design corak sulam untuk baju nikah di atas, jangan lupa untuk hebahkan halaman ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh menempah baju nikah anda yang siap disulam bersama kami sekarang. Hubungi kami 24/7 untuk sebarang pertanyaan dan persoalan.

Testimoni Pelanggan.

 Apa Kata Pelanggan Tempahan Baju Pengantin Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Ingin Menempah Baju Nikah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Baju Nikah Anda!

Klik Butang Di Bawah Untuk Chat Dengan Kami Sekarang!