Baju Nikah Kebaya Fishtail Bersulam Kerawang Corak Bunga Peony.

Tempahan Baju Nikah Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Baju nikah kali ini dijahit untuk fesyen kebaya fishtail yang disulam goyak motif bunga peony dengan kerawang pagar. Ia dihasilkan untuk bakal pengantin dari Johor Bahru.

Sulaman Kerawang Baju Nikah Kebaya Fishtail.

Tempahan Baju Nikah, Johor Bahru.

Tempahan baju nikah kebaya fishtail dengan kain duyung kali ini disulam dengan sulaman kerawang. Apabila berbicara tentang baju nikah, pastinya ia sinonim dengan warna putih. Pengantin akad nikah nampak lebih ayu dengan memakai busana putih pada majlis akad nikah.

Baju Nikah Dipadankan Dengan Kain Duyung.

Rekaan Kain Duyung Baju Nikah.

Jadi, setiap busana yang disarungkan oleh pengantin, akan lebih berseri jika ditambahkan dengan aksesori seperti sulaman kerawang. Ia akan nampak elegan pada kelasnya yang tersendiri. Sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan penuh pada kebaya fishtail yang dipadankan dengan kain duyung.

Tebal Sulam Untuk Rekaan Kebaya Fishtail.

Ketebalan Sulam Goyang Yang Dihasilkan.

Sulaman kerawang setebal 5 inci dihasilkan di bahagian hujung tangan. Ia dihasilkan secara membukit agar ia nampak penuh pada tangan secara runcing apabila digayakan. Oleh kerana kebaya ini adalah kebaya fishtail, ia dibuat secara melengkung ke bawah secara keliling pada kebaya fishtail tersebut. Ketebalan sulam kerawang di bahagian keliling bawah baju kebaya ini dihasilkan setebal 3 inci. Pada kali ini, ia dihasilkan dengan ketebalan yang sekata, seiring dengan reka bentuk kebaya fishtail nikah ini.

Kain Duyung Turut Dihiasi Dengan Sulam Kerawang.

Sulam Berbentuk Pucuk Rebung Pada Kain Duyung.

Pada bahagian kainnya pula, ia dipadankan dengan kain berbentuk duyung. Ia nampak teramat sepadan apabila digandingkan dengan kebaya fishtail nikah ini. Oleh kerana kainnya berbentuk duyung, maka sulam kerawang amat sesuai dihasilkan padanya. Terutamanya di bahagian hadapan kain duyung ini. Jadi, sulam kerawang setinggi 4 inci telah dihasilkan dengan bentuk pucuk rebung ataupun membukit. Manakala pada bahagian keliling belakang kain duyung ini pula, hanya dihasilkan biku-biku sulam sahaja.

Motif Sulam Bunga Peony.

Motif Corak Sulam Yang Dihasilkan.

Motif yang digunakan pada baju kebaya nikah fishtail ini adalah motif bunga peony. Bunga peony ini dihasilkan kerana ia mempunyai banyak kelopak dan seakan-akan gabungan bunga jasmine dan juga bunga ros. Bunga-bunga yang mempunyai banyak kelopak inilah yang akan menampakkan hasil sulaman kerawang ini lebih eksklusif dengan gayanya yang tersendiri.

Kepelbagaian Bentuk Motif Sulam Bunga Peony.

Menyerlahkan Hasil Rekaan Dengan Aneka Bentuk Motif Sulam.

Sulaman motif bunga peony ini bukan sahaja dihasilkan dalam bentuk bunga yang kembang. Sebaliknya, ia dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan posisi. Ada kudup bunga kecil, bunga separa kembang dengan kedudukan hadapan serta mengiring. Inilah yang menjadikan kepelbagaian rekaan dalam sulam kerawang motif bunga peony yang dihasilkan pada baju kebaya fishtail nikah kali ini.

Corak Kerawang Pagar.

Motif Kerawang Pagar Menghiasi Busana Nikah.

Selain itu, motif sulaman bunga peony ini digabungkan dengan kerawang pagar. Ia dihasilkan di bahagian celahan motif sulaman bunga peony ini secara keseluruhannya. Dalam pengamatan saya, kerawang pagar ini diminati ramai kerana ia nampak kemas dan juga nampak sedikit klasik. Hal ini kerana sulaman kerawang sering dihasilkan dengan gaya klasik dan tradisi. Di sini dapat dilihat bahawa kerawang pagar ini disusun dengan kemas dan cantik di celahan motif sulaman kerawang bunga peony ini.

Tambahan Warna Keemasan dan Perak Pada Hasil Rekaan.

Alunan Warna Benang Keemasan dan Perak Untuk Menambah Seri.

Oleh kerana warna latar fabriknya adalah putih, warna sulaman kerawang yang dihasilkan adalah senada. Cuma untuk menaikkan serinya, penambahan warna coklat keemasan dan juga warna perak digunakan pada sulaman kerawang motif bunga peony ini. Dengan ini, si pemakai akan bertambah manis dengan adanya aksesori kerawang yang dihasilkan senada pada baju kebaya nikah fishtail ini.

Motif Sulur Awan Larat.

Penghasilan Motif Sulur Dalam Rekaan Baju Nikah.

Selain daripada warna, corak ataupun motif sulur mahupun ranting-ranting yang digunakan sebagai penyambung kepada rekaan bungaan pada sulaman kerawang kali ini. Motif sulur turut memainkan peranan penting yang dihasilkan dalam bentuk awan larat. Ia motif berlengkuk-lengkuk dan bersambungan antara satu sama lain. Dalam motif sulam bunga peony ini, dilihat sulur yang berbentuk awan larat digunakan untuk menyambung gabungan ataupun jambangan antara bunga-bunga peony ini menjadi satu motif sulaman yang amat cantik. Dengan penggunaan sulur ini, ia menjadikan hasil sulaman motif bunga peony ini nampak sedikit klasik.

Teknik Sulam Nyonya Yang Digunapakai.

Teknik Menyulam Untuk Menghasilkan Sulam Busana Nikah.

Selain itu, teknik yang digunakan adalah teknik cincang sulam padu satin dan teknik layangan. Hal ini kerana kelopak bunga peony ini bersaiz kecil yang menyukarkan sulam padu zig zag dihasilkan. Oleh sebab itu, teknik sulam nyonya yang paling sesuai digunakan adalah teknik tolakan ataupun cincang penuh pada kelopak-kelopak bunga peony ini. Dengan gabungan teknik-teknik sulam nyonya tadi, maka motif sulaman bunga peony ini nampak lebih timbul dan cantik.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Nikah Kebaya Fishtail untuk pengantin dari Johor Bahru.

Jadi, sulaman kerawang yang cantik dan senada pada fabrik polos putih ini akan menaikkan lagi seri pemakainya, iaitu bakal pengantin apabila disarungkan pada majlis akad nikahnya nanti. Ia menjadikan pengantin tersebut nampak ayu dan tidak keterlaluan yang sesuai dengan majlis akad nikah yang amat bermakna bagi pasangan yang bergelar raja sehari.

Hasil Sulaman Baju Nikah Eksklusif.

Tempahan Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Secara keseluruhannya, butik pengantin kami berjaya menghasilkan sepasang baju nikah yang cantik dan anggun siap disulam kerawang dengan motif flora yang diingini oleh bakal pengantin. Kepelbagaian motif dan gabungan warna benang yang sesuai dapat dilihat dalam hasil kerajinan tangan sulam nyonya kerawang ini. Apa yang penting, kami menyulam baju nikah anda mengikut motif dan rekaan sulam yang anda ingini secara eksklusif.

Design Sulam Kerawang Baju Nikah Kebaya Fishtail.

Koleksi Baju Kebaya Nikah Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Inilah hasil rekaan baju nikah bersulam yang dibuat untuk bakal pengantin dari Johor Bahru. Design Tempahan Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dengan Kerawang Pagar pada fabrik duchess berwarna putih. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak baju nikah terkini yang disulam oleh bridal pengantin kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan design corak sulam untuk baju nikah di atas, jangan lupa untuk hebahkan halaman ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh menempah baju nikah anda yang siap disulam bersama kami sekarang. Hubungi kami 24/7 untuk sebarang pertanyaan dan persoalan.

Testimoni Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Baju Nikah Butik Seri Pengantin Bridal Sulam.

Ingin Menempah Baju Nikah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Baju Nikah Anda!

Klik Butang Di Bawah Untuk Chat Dengan Kami Sekarang!