PAKEJ TEMPAHAN BUSANA BERSULAM

BUTIK SERI PENGANTIN

Di Seri Pengantin Bridal Sulam, kami bukan sekadar menyediakan busana untuk hari bahagia anda – kami mencipta sentuhan istimewa pada setiap helaian pakaian anda.

Kami menawarkan pakej tempahan busana bersulam eksklusif untuk pelbagai acara, termasuk:

👰 Baju Nikah & Resepsi Pengantin Perempuan
🤵 Baju Melayu & Lengkap Pengantin Lelaki
🌸 Baju Kurung & Kebaya Tradisional
💃 Gaun Majlis Malam & Formal
🎓 Busana Graduasi & Rasmi
🎉 Pakaian Bertema & Majlis Istimewa

Setiap pakej kami meliputi:
✔ Pemilihan fabrik premium & warna mengikut cita rasa
✔ Rekaan sulaman kerawang, moden atau klasik
✔ Proses menjahit dan menyulam eksklusif oleh tukang mahir
✔ Perundingan rekaan mengikut tema majlis dan personaliti anda

Kami percaya setiap busana harus memancarkan keanggunan dan keunikan pemakainya. Sama ada untuk majlis perkahwinan, pertunangan, makan malam, atau sambutan istimewa – biar sulaman kami menjadi pelengkap gaya anda.

PAKEJ TEMPAHAN SERI PENGANTIN

Ciri-Ciri Pakej Tempahan

Berikut adalah ciri-ciri dalam pakej tempahan busana bersulam kami.

penyediaan fabrik tempahan baju nikah bersulam

Penyediaan Fabrik

Setiap pakej akan menggunakan fabrik duchess satin daripada Jepun. Fabrik duchess ini tebal tapi tidak panas dan senang digosok.

pilihan warna fabrik tempahan baju nikah bersulam

Pilihan Warna Fabrik

Anda boleh memilih warna fabrik untuk baju nikah anda. Kami menyediakan 3 jenis warna utama iaitu silver, gold dan juga cream.

customize corak sulam tempahan baju nikah

Customize Motif Sulam

Anda boleh customize atau menyesuaikan corak sulam mengikut kehendak anda. Atau anda boleh meminta corak sulam berdasarkan foto design sulam yang anda perolehi.

customize corak kerawang tempahan baju nikah bersulam

Customize Motif Kerawang

Anda boleh customize atau mencadangkan corak kerawang mengikut kehendak anda. Antara motif kerawang ialah buih, lebah, sarang lelabah, daun dan lain-lain lagi.

tempahan baju nikah bersulam

Jahitan Baju

Pakej ini termasuk khidmat menjahit baju nikah sekali. Kami akan menjahit baju nikah untuk bakal mempelai lelaki dan perempuan mengikut pakej yang anda tempah.

embroider icon

Sulam Kerawang Baju Nikah

Untuk baju nikah pengantin perempuan, sulam kerawang akan dihasilkan setelah anda mengesahkan motif sulam dan kerawang yang diingini.

embroider icon

Sulam Biku Baju Nikah

Untuk baju nikah pengantin lelaki, sulam biku akan dihasilkan mengikut kesesuaian motif sulam baju nikah pengantin perempuan.

contract icon

Kontrak Disediakan

Kontrak perjanjian disediakan dan akan dimeterai secara online dan sah di sisi undang-undang.

update icon

Update Progres

Progres menjahit dan menyulam akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Ia akan dimaklumkan melalui WhatsApp.